Wednesday, 7 November 2012

USAHA

Ok...sepanjang usaha yang telah dibuat selama ini...

1) Asid Folic
2) Vitamin E
3) Minum Air Jus Gulsan Delima
4) SK Kisbun Susu Kambing
2) Rebus Daun Pegaga
5) G Hotel time Subur

itu je la kot setakat ini...Nampak nyer masih belum berhasil..

Monday, 8 October 2012

WAHAI SEPUPUKU

Hari ni nak cerita pasal sepupu H pulak..Kitaorang kawin tarikh nak dekat sama..Kiranya tarikh perkahwinan aku dengan diorang tak la jauh..lewat sehari atau awal sehari (aku tak ingat)..Yang aku menyampah pasal sepupu ni...Diorang macam nak lawan atau dalam erti kata lain..mesti nak sama dengan kitaorang..Lepas 1 tahun kawin..aku beli kereta..tak lama lepas tu diorang pun beli gak kereta..Aku beli fully spec..diorang pun tak mahu kalah beli gak fully spec..Nak masuk 2 thn kawin..Aku dah mula risau pasal zuriat...Gi la berurut kat kampung..Bila dia dengar je aku gi mengurut..sepupu laki ni sibuk tanya..nape tak ajak bini dia pergi sekali...Aduh menyampah nyer aku..Bini kau tu muda lagi..tak payah ar sibuk nak ikut aku..Nak masuk tahun ke-3 kawin...Rezeki diorang sampai dulu..tapi rezeki aku datang dengan cara lain..H dapat beli rumah lelong..sungguh pun lelong..rumah nyer cantik ar mata memandang..yg penting tak perlu keluar duit untuk baiki sebarang kerosakkan..Semua nyer telah disediakan..table top,tilles,lampu,kipas dan bilik air pun semua cukup sempurna..Alhamdulilah..Semua jiran kat situ cakap,bertuah betul aku beli rumah tu..Diorang beli dengan harga RM75++ kosong tapi aku cuma dapat RM50++ dengan barang semua ada...cuma sediakan perabut je..Lepas umur anak diorang nak dekat 8 bulan,kedua-dua laki bini berhenti keja kerana sebab nyer bagi aku terlalu lah simple..Bos tak bagi cuti kedua-dua sekali..Salah seorang je dapat cuti.. Dengan tidak semena-mena nyer H ajak tinggal sekali dengan kitaorang..Diorang cari kerja dekat umah aku dapat sepupu laki ni kerja kilang..isteri dia duk umah sambil jaga anak dia..Lepas raya baru isteri dia dapat kerja kilang gak.. Aku tak berapa suka sebenarnya,aku perlukan privacy.On projek mega pun terpaksa cover2..Nak rebus ubat-ubatan pun dah malas dah...nati mula la diorang banyak tanya..



Benci.....Benci......Benci......

Sekarang ni aku dah mula rasa lega sebab nyer, sepupu tu dah kuar dari umah aku start bulan Oktober ni..Merasa la diorang duk umah aku 3 bulan.....Fuhhhh...lega...Boleh mula start ttc dengan aman dan tenteram..

Monday, 24 September 2012

BULAN YG PENUH SUSPEN




Tgk ar bbt chart aku bln September 2012...Penuh dgn penipuan kn..Sbb apa aku kta mcm tu..lg seminggu sebelum P,dh ada spotting..ku fikir kn implantation..Siap ucap Alhamdullilah lg bila tgk ada spotting...1 Hari sebelum P pn ada spotting gak...last2 esok pagi mengalir laju je mcm air paip..Aku dh siap berangan2 lg..Bila fikir2 blk,x penah aku alami mcm ni..Semua aku dpt rasa..Sakit ovulation,implatation..Jadi hari tu Spotting..Apakah tanda nyer?...Adakah aku ni berpenyakit?..Nauzubillah min zalik..Badan pn dh makin naik..perut pn dh buncit..Aduh sakit nyer hati...



Thursday, 20 September 2012

STRESS

Semalam dpt call dari akak, mengatakan yg dia pregnant..Masa dia call sikit pun air mata aku x gugur..mgkin aku sedang belajar utk terima kenyataan..Siap boleh gelak2 lagi..ckp "tu la sape suruh kau bukak (alat perancang)masin x mulut aku"..ucap tahniah bagai lg.. Hari ni mak aku call..ckp benda yg sama sbb dia baru tau akak aku punya citer..Mak aku ckp org lain yg beria2 nk tp org lain yg dpt...entah apa2 lg dia ckp,aku x nk dgr terus aku letak fon jauh dr telinga aku...Alahai mak cuba la faham perasaan hati anak mu ini..lepas aku tamatkan perbualan (mak nk ckp lg tp aku terus ckp ok la mak) aku terus berlari ke tandas opis,menangis sepuas2 nyer..X tau la klau ada org yg perasan..Harap2 x ada la yg perasan...Sedih betul la ari ni..x de mood..rasa x nk dtg keje ari ni...nk ambik cuti..tp cuti dh tinggal sehari je...Dh ar ada masalah ngan HB..merajuk pasal balik lambat dgn menyampah angkut sepupu dia duk serumah ngan aku.. Nati aku citer plak pasal sepupu ni.Ni betul2 buat jiwa aku kacau.asyik menangis je aku ari ni.



Wednesday, 19 September 2012

SPOTTING

Pada hari Ahad (16/09/2012)g kenduri kawin pakcik Aziz.Dlm perjalanan ke sana,aku rasa x selesa, check2 ada spotting...Apakah tanda itu..adakah ada berita baik? Tolonglah jgn mainkan emosi aku..


Tuesday, 11 September 2012

PEEL RAKAN SEOPIS

Ni sesi mengumpat. Ada rakan seopis.baru wat keje yg aku penah wat dulu dh nk tunjuk pandai..wei dulu aku wat keje tu x de pn nk menyusahkan kau..kau baru wat keje aku dh pandai2 nk menyusahkan aku.x sedar ke, aku yg mengajar kau buat keje tu jika kau x faham.bila dh pandai, lupa diri. Aku dh kira baik tolong kau buatkn salinan,x kan simpan salinan tu pn aku jgk nk kena buat.Woi beb,tu keje kau ar.Dlm skt,kau kena wat keje tu dari A - Z..
Dh dulu masa kau bertunang,bila kau tau aku period..kau suh aku usaha lebih dgn nada sinis..bila kau dh putus tunang,bila org lain tanya bila kau nk kawin..baru kau tau rasa soalan tu sensitif... Bila ari tu,aku tgk suratkhabar ada gambar pelamin yg cantik2,aku ckp lain kali kau buat ar pelamin mcm ni..Kau pn terus tersentap..terus ckp bab aku plak..Kau siap tanya,x takut ke klau husband aku cari lain klau aku x ada anak..aku blur masa tu..aku cakap,tu nati baru fikir...patut nyer aku ckp...kau susah ape,aku boleh ambik ank angkat..kau tu,klau ada org nk kt kau..baru kau boleh buat anak...ko lg haru drpd aku... Kau jgn fikir kau selalu di atas...kau x tau nasib kau mcm mana lg...x semesti nyer esok klau dh kawin terus dikurniakan zuriat..klau yer, syukur..Dan x semestinyer bila kau dh ada zuriat sendiri,zuriat kau tu boleh jaga kau dihari tua kau nanti atau mendoakan kau jika kau dh mati nanti..Aku cuma boleh doakan
TERBAIK UTK DIRI KAU..



SEKIAN SESSI MELUAHKAN PERASAAN

Sunday, 18 March 2012

KEISTIMEWAAN BERDOA DALAM SUJUD TERAKHIR

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita
sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu
hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat
hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai
wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat
hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan! "Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri)disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota
mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun
memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan
dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi
di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi
hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Credit to Syifa Al-Hidayah..Harap aku dapat amalkan setiap kali bersolat.